27 July 2013

Salam Ramadan

Alhamdulillah ibu dapat puasa hingga ke hari 18, terima kasih Allah kerana mengizinkan ibu untuk berpuasa. Juga syukur kerana tangan kiri ibu sudah dapat berfungsi walaupun kadang-kadang masih terketar-ketar, tak apa ibu redha.

Hawa balik asrama dengan bekal burung goreng, pucuk nidi goreng & asam pedas pari.

02 May 2012

Sepanjang Minggu ini...

Ibu listkan akviviti sepanjang minggu ni..
aktiviti rutin jika papa tiada
1. Bangun tido, basuh muka, kejut anak2, sarah tido & prepare sarapan & bekal anak2.
2. Kejut sarah, hantar anak2 ke sekolah.
3. Masak nasi utk lunch, mandi & siapkan sarah.
4. hantar Sarah ke tadika
5. masuk opis, sarap di pantry ngan opismet.
6. pkl 11:40 amik sarah, terus amik Arman 12:30,
7. Masuk opis, pkl 1 balik rumah panaskan lauk utk lunch.
8. Jemput Hawa 1:50.
9. Lunch n masuk opis balik.
10. 5:30pm amik Hajar dari kelas KAFA.
11. Sapu rumah, masak untuk dinner.
12. Lepas sola isyak prepare & masak utk bekal & lunch.
13. Jemur kain & tido

Kalau papa ada, ibu gi hantar/amik Sarah jer... Hawa, Hajar & Arman papa amik....


Isnin --> papa x der gi ILPKL... bekal nasi & ayam kicap. lunch dgn nasi + aym kicap, dinner mkn nasi goreng.

Selasa sedar awal...mini pizza with roasted chicken untuk bekal. ibu pakai roti gardenia jer.. hari ni cam semalam gak 6 trip hantar & amik anak... lepas amik hajar dari kelas kafa ibu tertido dlm keta.... letih.... hari ni lunch lala pedas + tumis air bayam, dinner bubur nasi aka moi ... papa dah balik ibu lega... tugas supir esok dpt dikurangkan...

Rabu --> bekal mini pizza with chicken pepperoni, lunch gulai daging & acar, dinner nasi & sardin.

Khamis-->bekal sandwich tuna + epal, lunch ikan kicap & bendi goreng, dinner mee siput & leftover ikan kicap.

Jumaat --> bekal nasi + ikan kicap, lunch ikan singgang, dinner

06 January 2012

Hawa n Hajar




Hawa - Hajar - Arman sesi 2012
Dah besar... anak2 ibu, maknanya ibu makin tua...

05 January 2012

Hari Pertama sekolah 2012

Sesi persekolahan tahun 2012,
Arman tahun 1 intelek --> 1 pintar

Sarah Irdina - Tadika Kemas Bukit Genting


01 January 2012

Dari Jelawat ke Jerantut


Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat untuk meneruskan kehidupan di bumi Jerantut. Inilah syurga baru kami. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami di Jerantut.
Hawa, Hajar & Arman bersekolah di SK Temin Jerantut, Sarah masuk Tadika Kemas Bukit Genting.
Rumah masih belum kemas sepenuhnya, barang2 banyak unpack lagi... anak2 dah mula sekolah, masa lebih byk untuk uruskan makan, bekal n uruskan anak2.... hujung minggu jer boleh tu pun berperang dengan anak2 gak...

22 August 2011

Kembali semula

salam ramadan.....

lama ibu x wat entry... tahun lepas ibu disahkan breastcancer tahap 4b... alhamdulillah setelah menjalani rawatan di HUSM, dapat mc 8 bulan.... ibu dapat masuk kerja balik... InsyaAllah ibu akan sambung diari ni untuk tatapan Hawa, Hajar, Arman & Sarah andai ibu tiada nanti.... moga ianya menjadi bekalan dan panduan untuk anak-anak ibu semua.

Alhamdulillah... hari ke-23 ramadhan... sahur tadi ibu masak kari ikan gelama (leftover), ikan gelama pekasam goreng, telur dadar n timun. Kejut Hawa & Hajar pukul 5, macam biasa kejut k.ngah tiada masalah, kejut kakak mmg ibu geraaaaaaaaam sangat, ibu switch off kipas & lampu boleh kakak bangun buka balik, sambung tido... sekali lagi ibu kejut baru bangun.
5:30 dah habis makan, sambung tengok Law Ka Na Bainana (LKNB).

Pg ni tentang ucapan salam, Rasullah sentiasa memberi salam untuk semua orang dan menetapi masa. Namun kisah Rasullah SAW dgn sahabatnya Zahir mmg mencuit hati ibu... setiap pagi mesti air mata tersentuh dgn akhlak dan peribadi Rasullah SAW. Episod kali ni tentang Rasullah SAW yang suka bergurau.
Kisah 1 - Rasullah SAW suka bergurau
Zahir adalah seorg yang suka memberi Rasullah SAW hadiah, pada suatu hari Rasullah ke pasar dan ternampak Zahir sedang berniaga. Rasullah SAW secara senyap memeluk Zahir dari belakang, Zahir yang terkejut meronta-ronta untuk melepaskan diri, apabila dia memalingkan muka dan melihat Rasullah SAW yang memeluknya terus dia menjatuhkan dirinya kedalam dakapan Rasullah SAW. Seterusnya Rasullah SAW berkata siapa nak beli hamba ini berkali-kali, Zahir merupakan seorang yang kurang paras rupa, menjawab dgn sedih "Tiada siapa yang ingin membeli diriku kerana rupa ku yang hodoh". Rasullah SAW memberikan motivasi kepada Zahir dengan bersabda " walaupun rupa mu kurang tapi di sisi Allah kamu di tempat yang tinggi". Zahir tersenyum dgn kata2 Rasullah tersebut.

Kisah ke-2 - Perbuatan Rasullah SAW diikuti oleh semua sahabat.
Pada perjanjian Hudaibiah, para sahabat amat kecewa kerana Rasullah SAW terlalu berlembut, ini membuatkan para sahabat amat kecewa. Selepas menunaikan umrah, Rasullah SAW berdiri dihadapan para sahabat dan menyuruh para sahabat bercukur dan berkorban, tetapi tiada seorang pun para sahabat yang bangun, Rasullah SAW mengulangnya sebanyak 3x, namun masih tiada respon. Rasullah SAW terus masuk ke dalam biliknya dan mengadu kepada isterinya Ummu Salamah, lalu Ummu Salamah meminta Rasullah SAW keluar melaksanakan tahallul tanpa berbicara dengan sesiapa pun. Rasullah SAW keluar dan terus menggunting rambutnya, apabila melihat Rasulllah SAW melaksanakannya, para sahabat terus bangun melaksanakan arahan yang telah Rasullah SAW laksanakan.


Ok dah habis citer LKNB, sambung cite anak2 lak.

5:15 punch keluar

6:00 sampai di Kg Pintu Gerbang, beli ikan kembung & ikan tamban untuk Cipah.

6:20 sampai rumah cuci ikan, Hawa request nak ikan goreng kari, minta tolong Hawa tumbukkan bawang putih+garam+serbuk kari- lumur pada ikan kembung.
Ibu filetkan ikan tamban nak buat lawa, minta tolong k.ngah kopek bawang merah, tok mek gi amik cili kat belakang rumah, ibu rebus ikan untuk Cipah, tok mek goreng ikan dan masak ikan kikik masak serai.

7:15 lawa ibu dah siap... hidang makanan untuk iftar. Sarah balik dari kedai, dok citer pasai jualan air tebu n soya c.ngah. Arman tido coz x leh main komputer kerana kena denda. ( Ibu dah pesan kat Arman main pkl 3-4 jer, yang Arman pulun sampai pkl 6:30 tu naper?.. papa dah denda ibu ikut jer...)

8:20 solat dgn papa & hawa, hajar dok ngaji dgn toktok, angkat barang2 utk balik rumah. Sarah ikut c.ngah balik.

8:30 hantar papa gi masjid, ibu gi petronas cucuk duit, singgah kedai nak beli kerepek pisang x dok lah pulak, singgah rmh ayoh beli teh tarik, Arman pulak nak wokwok, soh dia wokwok rmh ayoh... ibu tunggu dlm keta. Papa sms dia dah sudah solat Isyak....

9:00 Sampai masjid, papa wat terawih 2 rakaat jer, terus balik rumah. Papa tolong hawa buat kerja rumah, ibu kemas-kemas dan mandi. Hawa & hajar wat kerja sekolah, Arman main komputer untuk 1 jam jer. Papa setkan masa untuk Arman main komputer rumah tok mek 1 jam...

11:00 Solat terawih dgn papa, hawa n hajar tido.

12:00 Ibu, papa n arman gi rumah tok mek nak amik Sarah, Sarah tak mau balik nak ikut c.ngah gi Wakaf Che Yeh.

12:30 Papa study untuk kelas esok, ibu x leh tido...

1:30 Papa dah ngantuk, ibu pun nak tido gak....zzzzzzzzzzz

4:00 sedar n terus bangun masak nasi dan lauk untuk sahur.

24 May 2010

Majlis Kesyukuran Sambut Orang Baru

Saya ambil kesempatan ini untuk menjemput sahabat & rakan taulan untuk memeriahkan majlis kesyukuran di rumah abah saya pada 12 Jun 2010 (Sabtu) - atau dgn kata lain sambut adik ipar baru... peta dilampirkan.. kad nanti saya scan kalu dan... ni peta rumah lebih detail.

Untuk rakan2 di Penang boleh dari Grik - Jeli tu amik ke Kota Bharu, dah nampak buah gajus/ketereh amik jalan ke kanan depan balai polis ketereh.. pastu dah bole ikut peta tu..

meh ler wa masak special.. acar buah, saper yang nak merasa singgang tulang, kerutub itik/serati, pucuk paku air asam, masakan kg.. sila mai... kalu x dan malam pun boleh. kalu nak mai malam sms dulu bole kita simpan.